Pemilihan tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk 2026 Sesi IOC ke-134

Tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk 2026 telah dipilih pada sesi IOC ke-134. Bidaan telah diserahkan kepada IOC pada 2018.

Keputusan undian

Keputusan pembidaan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2026
BandarNegaraUndi
MilanCortina d'Ampezzo Itali47
StockholmÅre Sweden34

Pembukaan ibu pejabat baharu IOC

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) telah merasmikan ibu pejabat baharunya di Lausanne, Switzerland pada 23 Jun sempena Hari Olimpik. Pada 2019 hari yang simbolik ini telah menandakan ulang tahun penubuhan IOC ke-125.[4]